Subscribe:

Khamis, 3 Mac 2011

Informasi

MUKADIMAH
Sekolah adalah satu institusi ilmu untuk mencapai kejayaan. Oleh itu perancangan strategik sekolah akan menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kejayaan di bidang kurikulum adalah nadi pencapaian sekolah tersebut. Oleh itu, perancangan pengurusan akademik / kurikulum yang sistematik menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

MATLAMAT
  • Berusaha seupaya semua murid dapat menguasai 3M
  • Mengembangkan pertumbuhan rohani dan jasmani murid ke tahap yang terpuji dan cemerlang
  • Mempertingkatkan tahap disiplin diri murid bagi menangani masalah sosial dan negara
  • Mewujudkan semangat cinta dan kasih sayang terhadap sekolah yang secara langsung menarik perhatian ibu bapa dan penjaga terhadap pendidikan anak-anak dan seterusnya memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah
  • Mempertingkatkan usaha ke arah TANPA CACAT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah

OBJEKTIF
  • Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan dasar lain yang telah ditetapkan untuk merealisasikan Wawasan 2020
  • Mendukung cita-cita dan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Cemerlang dan Etika Profesion Perguruan
  • Berusaha meningkatkan kecemerlangan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan keceriaan bagi menjayakan hasrat dan cita-cita masyarakat setempat khasnya dan bangsa amnya

0 ulasan:

Catat Ulasan